The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams

The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams
hohoho

Wednesday, 4 May 2016

Pulang Malam

1 hari di Melaka sempena 1 Mei baru2 ni,bawa baby jalan2 pi Zoo Melaka,hampir 2 jam perjalanan dari Shah Alam..ada baby kena berhenti lama sikit di R&R haha tukar apa yang patut,berkonvoi bertolak pukul 10.30 pagi 2 buah kereta bersama adik ipar & mertua..

Dah sampai zoo,jalan masuk jem pulak ramai betul org nak tengok harimau.cari parking pun jauuuuh nun..terpaksa pulak beratur panjang nak beli tiket RM15/head by group,RM 17 dewasa.Nasib baik bawa stroller tak la letih kendong baby.Dah masuk pusing sana pusing sini tengok orang utan,merak,landak,harimau,zirafah,kuda,buaya,burung2,gajah (Alisha tdo time ni tak dapat kenalkan dengan gajah hihi) sedar2 dah petang 5.30 dah..nak keluar balik pukul 6 plan nak pi A famosa pula alang2 hubby ckp 1 jam je tengok map GPS.

Rupa2nya indah kabar dari rupa bukan 1 jam,sangkut pulak jem kat bandar Melaka tu kiri kanan lot kedai China terus sikit ada lot kedai India..tak tahu nama tempat tu lebih sejam tak gerak2,tengok2 jam dah dekat pukul 8 malam tak sampai lg A famosa huhuhu,akhirnya hubby dah give-up terus pusing balik set GPS pulang ke Shah Alam.

Otw balik singgah makan kat Kedai Sup Utara tak ingat nama apa yang pasti ada gambar bom,lambang kelab bola sepak Kedah dan Melaka.Tengok2 jam dah 10.30 malam terus balik,baby tengah tido lagi dan singgah sekejap di R&R dalam Melaka lagi kat mana pun tak tau sebab hubby ngantuk nk tdo kejap.

Elok2 berhenti situ,baby pulak terbangun nangis2 kuat bagi susu tak nak,pempers baru je tukar huhu mati kutu kami laki bini.Dalam keadaan buntu,sy ikhtiar tawakal ambil air basuh muka baby dengan lafaz bismillah, dalam hati niat jauhkanlah apa yang baby nampak,peluk erat dan segera ajak hubby cepat2 tinggalkan tempat tu..alhamdulillah berjaya diamkan dan terus tertidur dalam pelukan mama die..huhu sampai rumah dah pkul 12 malam..

P/s: Orang tua2 pesan kalo ada baby balik rumah jangan terus terjah/peluk cium baby,sebaliknya bertenang dulu di luar rumah,kibas2 baju masuk rumah pi dapur ke tandas ke cuci2 tangan/kaki baru datang kat baby.Kita tak tahu tak nampak apa yang ikut kita balik rumah,baby pulak boleh nampak alam lain..baca ayat kursi & 3 qul hembus2 sekeliling baru masuk rumah bila pulang lewat malam.

No comments:

Post a Comment