Yuhuuu..kenal ke idok buah ni??jiran sebelah bagi..inilah buah kelubi huhu 1st time tengok buah segar..sebelum ni pernah makan buah yang siap dijeruk je tapi tak tau rupa asal haha..jakun sekejap.
Nampak macam buah laici,1st impression nampak isi manis duk terbayang isi buah laici haha..baru gigit sikit arrrrrr kelat masamnya tak mampu den nak telan habis sebiji.
Kelubi, asam kelubi, asam paya atau salak hutan adalah sejenis tumbuhan dalam keluarga pokok palma yang terdapat diAsia Tenggara. Nama saintifik ialah Eleiodoxa conferta. Pokok ini hampir sama rupanya dengan pokok nipah tetapi lebih kecil. Tumbuh di kawasan hutan paya. Mempunyai buah yang sangat masam. Buahnya dijeruk dengan sedikit garam dan dinamakan jeruk kelubi.
Rujukan https://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Kelubi
No comments:
Post a Comment