Haa mana satu yang rasa excited tu,puasa ke raya..mesti la puasa dulu baru raya hahaha.Tinggal beberapa hari lagi kita bakal menyambut kedatangan bulan Ramadhan,yang pastinya biarlah Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya.
Apa persediaan anda??jeng3..jangan pikir baju raya..kuih raya..kasut raya..puasa sebulan raya sebulan je,sebaliknya tingkatkan amal kita semaksimum yang boleh.Hidupkan malam2 dengan Solat Sunat Terawihnya..bacaan Al-Quran,banyakkan bersedekah..amar maaruf nahi mungkar(menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran) peringatan untuk diri sendiri ni,dah macam ustazah pulak..
Bab baju raya semua tu beli lah siap2 untuk anak2,prepare awal nanti dah puasa letih nak menapak satu kedai ke satu kedai,on9 pun banyak sekarang ni boleh la kalo nak singgah https://m.facebook.com/Nazz-Bcr-Collections-1575435432676146/?ref=bookmarks tengah ada sales sekarang ni,nak nego harga pun boleh.
Kuih raya tu buat sendiri je,sekarang google je mana2 resepi pasti keluar di hujung jari anda je.Rajin tak rajin je..kalo malas tu tak tau cek nak habaq.Bercakap pasal kuih ni,cek dah terbuat hihihi semperit namanya.Punyalah excited nak test bakat terpendam..tudiaa gebu cair di mulut..nyum3
Dapatlah satu balang besar ,tinggal separuh dah tak sempat raya ni..sedap sangat lepas satu amik lagi dan ngap2 lagi.Tengah membakar baru keluar oven dah 10 biji telan panas2..huhu,kena buat semula nampaknya.Sesiapa kalo nak resepi pm tepi ya,mudahnya nak buat.
Pss:Barang2 keperluan dapur,buttercup tepung2 kuih better beli awal,banyak promosi sempena Ramadhan.
No comments:
Post a Comment