The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams

The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams
hohoho

Friday 27 May 2016

Puasa Vs Raya

Haa mana satu yang rasa excited tu,puasa ke raya..mesti la puasa dulu baru raya hahaha.Tinggal beberapa hari lagi kita bakal menyambut kedatangan bulan Ramadhan,yang pastinya biarlah Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya.

Apa persediaan anda??jeng3..jangan pikir baju raya..kuih raya..kasut raya..puasa sebulan raya sebulan je,sebaliknya tingkatkan amal kita semaksimum yang boleh.Hidupkan malam2 dengan Solat Sunat Terawihnya..bacaan Al-Quran,banyakkan bersedekah..amar maaruf nahi mungkar(menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran) peringatan untuk diri sendiri ni,dah macam ustazah pulak..

Bab baju raya semua tu beli lah siap2 untuk anak2,prepare awal nanti dah puasa letih nak menapak satu kedai ke satu kedai,on9 pun banyak sekarang ni boleh la kalo nak singgah https://m.facebook.com/Nazz-Bcr-Collections-1575435432676146/?ref=bookmarks tengah ada sales sekarang ni,nak nego harga pun boleh.

Kuih raya tu buat sendiri je,sekarang google je mana2 resepi pasti keluar di hujung jari anda je.Rajin tak rajin je..kalo malas tu tak tau cek nak habaq.Bercakap pasal kuih ni,cek dah terbuat hihihi semperit namanya.Punyalah excited nak test bakat terpendam..tudiaa gebu cair di mulut..nyum3



Dapatlah satu balang besar ,tinggal separuh dah tak sempat raya ni..sedap sangat lepas satu amik lagi dan ngap2 lagi.Tengah membakar baru keluar oven dah 10 biji telan panas2..huhu,kena buat semula nampaknya.Sesiapa kalo nak resepi pm tepi ya,mudahnya nak buat.

Pss:Barang2 keperluan dapur,buttercup tepung2 kuih better beli awal,banyak promosi sempena Ramadhan.




Tuesday 17 May 2016

Hijau Memikat Hati Vs Puding Pandan


Projek semalam,asalnya kite nak buat puding huhu tengok2 barang tak cukup pulak..last2 jadi agar-agar pandan amik kaw..tapi kan bila dah siap sayang pulak nak makan haha..dah lah hijau cantik pulak kejadiannya.

Ni resepi puding pandan untuk dicuba lain kali,sumber dari Fb Resepi Puding..

Bahan2:

600ml air
120g gula pasir
8g serbuk agar2
3 helai daun pandan
300ml susu segar
200ml santan
beberapa titik esen pandan /pewarna hijau

Cara2:

1. Satukan serbuk agar2,air,daun pandan dan masak 3 minit,kemudian masukkan gula,kecilkan api sederhana dan masukkan susu segar bersama santan.

2. Tapis dan bahagikan kepada 2 bahagian,satu bahagian letak esen dan pewarna hijau dan lagi satu biarkan warna asal.

3. Masukkan dalam acuan favourite anda dengan adunan hijau,tunggu sejuk goreskan sikit dan tuangkan adunan asal dan biarkan sejuk.masukkan dalam peti sejuk dan enak dimakan ketika sejuk.

Mudah je kan,lepas ni p kedai cari bahan2 tersebut....selamat mencuba,kalo malas nak buat meh order kat kite..haha



Friday 6 May 2016

Karipap Daging



Siapa suka makan karipap turun tangan,haha comel terliur tak..pakai acuan je tak reti nak kelim2 macam mak2 tok kita buat..buat pun sikit je utk makan 2 orang je..step 1 buat je inti dulu ala2 buat kari tu tapi jangan letak banyak kuah,agak2 kering je..ikut suka nak letak inti daging/ayam/sardin,.campur kentang sikit..tunggu empuk  haa dah siap bahagian inti..

Sementara tunggu kuah masak tu bolehlah prepare kulit karipap,banyak versi untuk kulit karipap ni..ada yang karipap pusing..tapi sy belum try lg yg pusing2 tu byk step,belum siap pusing baby dah bangun haha..antaranya


  • 500g tepung gandum (anggaran lebih 30 biji bleh kalo nak buat jual)**untuk makan 2 org cukuplah 1 cawan 
  • planta/mentega kalo tak de guna minyak masak yg dipanaskan dulu dalam 2 senduk bagi sukatan 500g tepung tadi,saya letak sikit je maklumlah 2 org je ada.
  • 1 gelas air yang dilarutkan dgn sedikit garam (letak sikit2,masa uli tu agak2 doh tak melekat di tangan.
Kalo dah siap uli tu,doh tu saya masukkan dalam plastik biarkan seketika,pastu ambil dan bentukkan leper masuk dalam acuan karipap,masukkan inti yang dah sejuk dan kepit..jadi la karipap sebiji..
untuk menggoreng tu,letak minyak banyak biar tenggelam karipap guna api sederhana..masa menggoreng jangan p mana2,tengok je karipap tu agak2 kuning perang angkat.

Buat sendiri puas hati,hahaha kalo beli sbiji 50 sen,4 biji 2 hinggit kalo hantu karipap tu cukupke 4 biji hihihi..rajin2 kan diri di hujung minggu anda,kalo buat banyak boleh frozenkan dulu takpun sedekahkan kat jiran sebelah..dapat juga merasa karipap anda.













Thursday 5 May 2016

Siapa Sayang Ibu??

Siapa tak sayang ibu kan..ada yang panggil mak,mama,umi,mami tetapi bagaimana kita nak menzahirkan rasa sayang tu..yang masih hidup alhamdulillah,kita masih ada masa mencurahkan bakti,membalas jasa mereka..kepada yang telah pergi panjatkan lah doa selalu di samping sedekah bagi pihaknya.

Apa sang ibu harapkan adalah anak2 menjadi org yang berguna,membahagiakan bukannya sebaliknya.Hahh memandangkan Ahad ni hari ibu surprisekan ibu2 anda..apa yang terbaik hari2 adalah hari ibu.Apa yang ibu anda minat??kat bawah ni boleh lah tengok yang mana sesuai kan untuk hadiah hari ibu nanti.


  • Perfume
  • Bunga
  • Kalau hobi memasak hadiahkan set periuk/peralatan dapur 
  • Barang kemas 
  • Jam tangan
  • Handbag
  • Kasut
  • Set Make-up
  • Potret wajah ibu anda berbingkai besar
  • Handphone
  • Percutian 
  • Pakaian 
  • Belanja makan ramai2 1 family
  • Anda masak sendiri makanan kegemarannya hahaha pandai ke idok
  • Kalau fanatik tudung/keronsang hadiahkan yang latest design 
  • gambar hiasan
  • Wednesday 4 May 2016

    Pulang Malam

    1 hari di Melaka sempena 1 Mei baru2 ni,bawa baby jalan2 pi Zoo Melaka,hampir 2 jam perjalanan dari Shah Alam..ada baby kena berhenti lama sikit di R&R haha tukar apa yang patut,berkonvoi bertolak pukul 10.30 pagi 2 buah kereta bersama adik ipar & mertua..

    Dah sampai zoo,jalan masuk jem pulak ramai betul org nak tengok harimau.cari parking pun jauuuuh nun..terpaksa pulak beratur panjang nak beli tiket RM15/head by group,RM 17 dewasa.Nasib baik bawa stroller tak la letih kendong baby.Dah masuk pusing sana pusing sini tengok orang utan,merak,landak,harimau,zirafah,kuda,buaya,burung2,gajah (Alisha tdo time ni tak dapat kenalkan dengan gajah hihi) sedar2 dah petang 5.30 dah..nak keluar balik pukul 6 plan nak pi A famosa pula alang2 hubby ckp 1 jam je tengok map GPS.

    Rupa2nya indah kabar dari rupa bukan 1 jam,sangkut pulak jem kat bandar Melaka tu kiri kanan lot kedai China terus sikit ada lot kedai India..tak tahu nama tempat tu lebih sejam tak gerak2,tengok2 jam dah dekat pukul 8 malam tak sampai lg A famosa huhuhu,akhirnya hubby dah give-up terus pusing balik set GPS pulang ke Shah Alam.

    Otw balik singgah makan kat Kedai Sup Utara tak ingat nama apa yang pasti ada gambar bom,lambang kelab bola sepak Kedah dan Melaka.Tengok2 jam dah 10.30 malam terus balik,baby tengah tido lagi dan singgah sekejap di R&R dalam Melaka lagi kat mana pun tak tau sebab hubby ngantuk nk tdo kejap.

    Elok2 berhenti situ,baby pulak terbangun nangis2 kuat bagi susu tak nak,pempers baru je tukar huhu mati kutu kami laki bini.Dalam keadaan buntu,sy ikhtiar tawakal ambil air basuh muka baby dengan lafaz bismillah, dalam hati niat jauhkanlah apa yang baby nampak,peluk erat dan segera ajak hubby cepat2 tinggalkan tempat tu..alhamdulillah berjaya diamkan dan terus tertidur dalam pelukan mama die..huhu sampai rumah dah pkul 12 malam..

    P/s: Orang tua2 pesan kalo ada baby balik rumah jangan terus terjah/peluk cium baby,sebaliknya bertenang dulu di luar rumah,kibas2 baju masuk rumah pi dapur ke tandas ke cuci2 tangan/kaki baru datang kat baby.Kita tak tahu tak nampak apa yang ikut kita balik rumah,baby pulak boleh nampak alam lain..baca ayat kursi & 3 qul hembus2 sekeliling baru masuk rumah bila pulang lewat malam.

    Buah Unik




    Yuhuuu..kenal ke idok buah ni??jiran sebelah bagi..inilah buah kelubi huhu 1st time tengok buah segar..sebelum ni pernah makan buah yang siap dijeruk je tapi tak tau rupa asal haha..jakun sekejap.
    Nampak macam buah laici,1st impression nampak isi manis duk terbayang isi buah laici haha..baru gigit sikit arrrrrr kelat masamnya tak mampu den nak telan habis sebiji.


    Kelubiasam kelubiasam paya atau salak hutan adalah sejenis tumbuhan dalam keluarga pokok palma yang terdapat diAsia Tenggara. Nama saintifik ialah Eleiodoxa conferta. Pokok ini hampir sama rupanya dengan pokok nipah tetapi lebih kecil. Tumbuh di kawasan hutan paya. Mempunyai buah yang sangat masam. Buahnya dijeruk dengan sedikit garam dan dinamakan jeruk kelubi.

    Saturday 30 April 2016

    Solat Sunat Dhuha




    Assalamualaikum..alhamdulillah dipanjangkan usia & dikurniakan kesihatan yang baik saat ini.Pagi ni rasa nak kongsi tentang Solat Dhuha.Ia adalah solat sunat yang dilakukan setelah terbit matahari hingga menjelang masuk waktu Zohor.Solat ini afdhalnya dilakukan pada waktu pagi hari ketika matahari sedang naik.Rujukan


    PANDUAN DAN TATACARA MENGERJAKAN SOLAT DHUHA

    1) Bilangan rakaat : 

    • 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)

    2) Waktu : 

    • Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari ) hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).

    3) Niat Solat Sunat Dhuha:

    niat solat dhuha rumi

    Niat dalam Rumi : 

     Ussolli sunatan dhuha raqataini lilahita’ala.

    Maksudnya

     "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

    4. Surah-Surah

    Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
    • a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:

        i.  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
        ii.  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
        iii.  Al-lail dan Al-Insyirah.

    • b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;

        i.  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
        ii.  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas

    Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim).


    5) Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali




    bacaan sujud dhuha




    6) Bertasbih 10 kali selepas memberi salam




    bacaan tasbih dhuha







    7) Baca doa ini selesai solat


    Maksudnya:
     “Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha (milikMu), pancaran cahaya adalah pancaran cahaya (milik)Mu, (Segala) KecantikanMu itu adalah kecantikan (milik)Mu,
    (Apapun) Kekuatan adalah kekuatan (milik) Mu, (Apa juga) qudrat adalah qudratNya, dan (segala) perlindungan itu adalah (datang dari) pelindunganNya. Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit
    maka turunkanlah ia, jika ada di bumi keluarkanlah ia, Jika ia sukar (Kau) mudahkanlah, Jika ia kotor (Kau) suci bersihkanlah, Jika ia jauh dekatkanlah, dan jika ia hampir maka permudahkanlah,
    dengan kebenaran dhuhaMu, pancaran cahayaMu, KecantikanMu, KekuatanMu dan QudratMu, Berikanlah aku apa yang telah Kau telah berikan (kepada) hamba-hambaMu yang soleh.” 

    Fadhilat Dan Kelebihan Solat Dhuha

    Banyak sekali keajaiban dan hikmah yang akan dirasai seseorang ketika melakukan solat sunat Dhuha, apatah lagi jika dilakukan secara berterusan dan penuh kesabaran tinggi serta hanya mengharap keredaan Allah SWT.

    Antara manfaat dan keajaiban solat sunat Dhuha ialah dijauhkan daripada kemiskinan. Semua ini bukan khayalan, kerana sudah ramai orang melakukannya dan mampu merasakan hikmah yang besar dalam kehidupannya.
    Rasulullah SAW bersabda, Allah SWT berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali kamu malas melakukan empat rakaat solat Dhuha, kerana dengan solat itu, Aku cukupkan keperluanmu pada waktu petangnya.” (Riwayat Hakim dan Tabrani)

    Solat sunat Dhuha juga dapat menghapuskan dosa. Rasulullah SAW bersabda:
    “Sesiapa yang masih berdiam diri di masjid atau tempat solatnya setelah solat Subuh kerana melakukan iktikaf, berzikir, dan melakukan dua rakaat solat Dhuha disertai tidak berkata sesuatu kecuali kebaikan, maka dosanya akan diampuni meskipun banyaknya melebihi buih di lautan.” (Riwayat Abu Daud)



    Antara lain solat Dhuha juga dapat menghindarkan diri daripada azab api neraka di hari Kiamat. Bagi orang yang menjadikan solat sunat Dhuha sebagai rutin hariannya, maka Allah akan membalasnya dengan balasan syurga. Rasulullah SAW bersabda: 
     “Di dalam syurga terdapat pintu yang bernama bab Ad Dhuha (Pintu Dhuha), dan pada Hari Kiamat nanti, ada orang yang memanggil di mana orang yang sentiasa menunaikan solat Dhuha? Ini pintu kamu, masuklah dengan kasih sayang Allah.”
    Justeru amat rugi orang yang dengan sengaja meninggalkan solat sunat Dhuha, padahal mereka sebenarnya mampu dan ada masa untuk melaksanakannya kerana mereka yang menunaikan solat sunat Dhuha akan mendapat balasan dan keuntungan amat besar. Berusaha semoga kita tetap melakukan ibadat sunat ini.

    SUMBER : JAKIM, Masjid WP, Albakriah wordpress & Shafiqolbu