The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams

The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams
hohoho

Friday, 29 April 2016

Cuti 1 Mei (Hari Pekerja)


Hari ni Jumaat dah..1 Mei public holiday jatuh pula hari Ahad,kalau Selangor Isnin cuti lagi..ada ke yang dah sampai kampung??pantang cuti panjang sikit je balik kampung..inilah realiti kita yang merantau jauhhhh..mujur ada kampung..ada kesempatan ni baliklah tengok parent di kampung..

Sebelum balik kampung prepare siap2 dari segi diri sendiri(sihat ke idok),kelengkapan(packing baju siap2),kewangan(cukup ke sampai kampung e.g: minyak + toll + makan),kenderaan (service ke idok,insuran /roadtax hidup ke dah expired)

Jangan prepare last minute,biar prepare awal2 baru tenang hati nak balik kampung nanti..Insuran & Roadtax bolehlah buat seawal yang mungkin kerana apabila last minute macam2 boleh berlaku..e.g: ins.sistem down,JPJ offline,ada saman blacklist roadtax tak boleh buat dan lain2 lg.Carilah mana2 agensi insuran yang terdekat sekarangkan ada MYEG,tiada geran pun boleh renew insuran/roadtax.

Harga setiap insuran pengiraan adalah sama je,yang membezakan adalah ada loading ke tidak bergantung kepada jenis kereta/tahun dibuat/umur driver dan penambahan extra coverage seperti cermin,flood,LLOP dan sebagainya.Bila ada NCD tu murah la sikit insurance,roadtax harga tetap sama no choice lg.Boleh rujuk harga roadtax kat sini http://roadtax2u.com/harga-roadtax-2/

Nasihat saya buatlah insuran anda mengikut harga pasaran kerana kita tak tahu apa akan berlaku pada masa hadapan.Kalau under insured,insuran takkan bayar penuh sebaliknya owner kena topup kos jika berlaku claim nanti.

Insurans 1st party maximum umur kenderaan 0-15 tahun sahaja,kalau > 15 tahun boleh buat 3rd party je..boleh request quotation dan berunding dengan agent apa yang terbaik untuk anda.

Selamat pulang ke kampung masing2,bawalah oleh2/buah tangan untuk parent di kampung,dapat juga pahala bersedekah,hati mereka pun berbunga je walaupun mereka tidak mengharapkan apa2 pun,apa yang penting anak2 pulang dengan selamat...itu aje..hati2 memandu.

Bye2


No comments:

Post a Comment